Sunday 17 April 2011

Laman terbiar...

Jengah dari dalam rumah, nampak pemandangan laman yang tak indah ni....


Kami balik rumah ni biasanya hujung minggu je. On weekdays, kami kat kuarters.
Kalau si dia balik kerja cepat, baru la kami balik sini. Tu yang laman tak berapa nak terjaga. 
Jom tengok apa yang ada....


 Red palm

 
 
 Ada pokok durian belanda. Mak yang suruh tanam.
Pokok kipas sebelah tu, daun pun dah kering semacam...

 Pokok limau purut. Pun mak yang bagi...



Pokok limau nipis terlindung bawah pokok kipas tu, dari kebun abah.
Kami tanam dalam pasu... bila la nak berbuah.. hehehe...

 Si dia pun ada tanam pokok anggur merah, ambil dari nursery tempat kerja dia.

 Dah setahun tak pernah baja, mana nak berbuah!

Menjalar ke mana-mana...

 Pokok bunga tiga bulan (Hydrangea) hidup segan mati tak mau...



 Cantik.... Bunga jenis ni la yang aku bawak ke ofis buat hias meja.



Canna nan sebatang

 Bonsai frangipani pun dari nursery, jangan la mati...

 Bunga bawang merah dah macam hutan lalang!


 Kesian lidah buaya tu... diserang rumput!

 Murraya pun ada!

 ni macam dah nak kena buang ni..

hahaha... dah tak sama rimbun.. kena ganti pokok lain rasanya!

Tanah sekangkang kucing je... nak tanam macam-macam! Kat luar pagar ada pokok serai, pokok kelapa madu dan pokok ciku. Malas nak keluar pagar, takde la gambar..


2 comments:

NM02 said...

rajinnya becucuk tanam.. minat ye..

ok, ai ada tag kamu.. sila terjah

ctiza said...

hubby kerja ngan lanskap co. tu dia yang rajin tanam-tanam. kita ni tumpang glemer dia jer..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative