Wednesday 27 April 2011

Pesta Buku Antarabangsa KL 2011 @ PWTC


Hari ni dapat pegi ke..



Bos bagi pelepasan, so ramai-ramai kami rombongan cik kiah ke sana. Sampai situ ada ramai budak-budak sekolah dgn cikgu-cikgunya. Nak pilih buku best-best tak cukup masa. Sampai dekat 11am, pukul 12.30pm dah nak kena balik. So sempat beli majalah ni je...


Dapat free gift ni...


dan ini...


 
Juga beli Tafsir Quran saiz mini ni...


cute je, senang bawa ke mana-mana.


Kerana Hujan Lebat...


Pagi-pagi subuh tadi hujan turun lebat gila.
Dan yang tak bestnya....




Siling kami bocor!! Siap berlubang lagi.
Air hujan menitik ke lantai. Mujur tak banjir. Nasib baik jugak tak letak carpet kat situ.
Orang kata, hujan tu rezeki. Nampaknya rezeki untuk tukang repair siling tu le nanti.

Nak kena repair cepat ni. Cuaca tak menentu. Tension!!!


Tuesday 26 April 2011

Melanun Laju-laju


Dah nak sampai penghujung April. Tahun ni rasanya belum sempat layan wayang kat panggung.
Bulan depan akan tayang ni..

 


rasa tak sabar tapi tunggu...!


Monday 25 April 2011

trojan, pizza & aiskrim strawberry

Lama rasanya tak jengah blog ni.
Hari ni gi Alamanda ngan Lin & Idda. konon nak reformat laptop yang kena serang trojan tu...sedih!!

Tapi kedai tu nak masukkan genuine windows pulak. Alamak! RM380 tu.. bajet tak de la pulak!
Tak jadi la nak format. Tunggu aku kaya sikit la...

Pergi makan kat pizza hut. Kitorang try wow savers yang ada 50% discount. Makan sampai kenyang!!


Sebelum balik, belikan aiskrim strawberry untuk Azah yang demam tu. Kesian dia, demam-demam teringin aiskrim pulak ye..
Dari Alamanda bawak balik ke ofis. Tengok apa jadi??


hahaha...

Dialog ngan apek rambut cacak kat dalam lif Alamanda..

                  apek : sedap ? (sambil tengok kitorang renung aiskrim tu dalam-dalam)
                  ct : entahle... orang kirim.
                  apek : hah??!! sampai mana?
                  ct : sampai ofis... (malu nak bagitau kat mana ofis kitorang sbb memang jauh
                        gila dari Alamnda tu kalau jalan kaki)

Kitorang bantai gelak sepanjang dalam kreta. Aiskrim tu dah nitik-nitik habis kena tangan & baju Idda...


Tuesday 19 April 2011

Sakit Perut = Gastrik?


Dari pagi sakit perut yang amat sangat!
Kenapalah wahai perut? gastrik kah? salah makan kah? perut kosong kah?

Pagi-pagi buta tadi sebelum keluar rumah memang tak sempat sarapan. Sempat teguk air sirap je segelas. Kerana itu kah? Tapi hari-hari pun memang tak sempat sarapan kat rumah. Dah sampai ofis baru cari apa-apa yang boleh di~ngap. Hari ni pulak perut ni meragam!

Walau perut buat hal, tengahari ada hati jugak nak makan ni..

Chicken Chop..yummy!
Beli kat kafe Perbadanan Putrajaya. Perut orang dewasa kan boleh tampung satu gelen makanan dan minuman. Kena la manfaatkan ruang yang luas tu untuk isi apa yang patut.

Bila petang, tak tahan sakit perut, pergi klinik dekat ngan ofis (Idda yang temankan, mekasih Idda...). 


Dapat no. 1075. Takyah tunggu lama, 15 minit je. petang orang tak ramai. 

Dr bagi ubat ni..
Kena makan selama dua minggu! Good luck kepada diri sendiri!

Kat klinik tu sempat jugak ambil ni..
Percuma ubat jentik-jentik utk ganyang aedes.


.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative