Thursday, 26 January 2012

Pantai Pandak Terengganu



Cuti Tahun Baru Cina kami ke Kuala Terengganu. Ada majlis kawin kawan dia.




Balik dari rumah pengantin, sempat singgah Pantai Pandak. Layan ombak....



boleh nampak Pulau Kapas kat sana tu...







bestnyer kalau dapat tinggal tepi laut....hmmhmm.....


Sempat jugak singgah beli satar sedap tepi jalan kat Marang. First time nak rasa. Campuran ikan+kelapa+sambal dibungkus ngan daun pisang dibakar macam otak-otak. Murah kot...15 biji RM5. Yang penting sedap!! 




Beli keropok lekor gak sikit. Tengok keropok keping tu jemur macam tu je. Alamak....terpikir..mesti bercampur habuk debu segala macam.... alahai..




Wednesday, 18 January 2012

Monday, 2 January 2012

Laman mini kebun ku...

Masih cuti tahun baru. Tadi sempat balik jengah tanaman kat halaman rumah kami...sejam je sebelum si dia kena panggil bekerja! kesian pokok-pokok... dah tak terjaga. banyak pokok bunga  layu. rumput pun banyak. yang masih gagah bernyawa...







walaupun tak sesubur mana, semoga terus sihat la pokok2 itu...

Sunday, 1 January 2012

Buffet Durian @ Jalan Kuchai Lama



Cuaca panas terik 1 Januari 2012. Jom makan durian!




Makan sampai kembooongggg!!! RM10/person buffet durian kat Jalan Kuchai Lama.
Dekat-dekat ngan pasar Jalan Klang Lama. heheheh...

2 orang makan banyak ni. gulp!

Happy New Year 2012: Ada ape kat Genting Highland?


hahaha...
Dia ajak gi genting malam tadi konon nak tengok bunga api new year. Gigih la kami + Husni  & wife yang masih dlm pantang + 2 babies manjat bukit malam2 buta nak memeriahkan suasana.

Dari gombak kul 9pm, sampai atas 10pm tak ramai orang lagi. Parking kete punya jauh. jalan kaki + naik tangga + sesat barat masuk area hostel pekerja ntah kemana-mana la kitorang..

cute gila baby ni anak Husni. suka betul si baby kat tempat sejuk2 cam ni

Masuk kul 11 dah berduyun manusia. Angin sejuk gila + kabus tebal. Tak  hujan. 11.50pm gerak ke area outdoor theme park. 




Tepat 12am ada amoi genting buat announcement show bunga api tunda ke 12.30am. ek elehh... Penat nak tunggu + rimas bersesak reramai kitorang slow2 blah gi ke kereta. Jalan punya le jauh tapi hampeh lenguh kaki menunggu takde pa pe gak..dalam hati kata.. nengok tv kat umah lagi best kot! Tak pe le.. Dah lama tak buat kerja buang masa nyambut new year kan... 

Semoga tahun 2012 lebih bermakna dan dipermudahkan segalanya...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative