Wednesday 28 December 2011

Lepak Sepetang di Bagan Lalang


bulan lepas, 18~20 Nov hari keluarga ofis ku... Tak plan nak join family day tu pun. last minute terikut gak.. 
18 Nov dah malam buta baru kami sampai Hotel Seri Malaysia Bagan Lalang.


foto google
19 Nov pagi team building. Petang baru jenjalan kat tepi pantai. Orang lain join sukaneka. Kitorang tak. Saja nak amik kesempatan lepak-lepak sepetang kat pantai Bagan ni. Cantik gak scenery air surut kat Bagan Lalang...dari jauh ler..





sesuai la sambil baca buku...coz esoknya ada exam!

 Malam tu dinner BPL tema arabian night. Kitorang tak berapa nak arab coz tak plan nak attend mulanya kan..


alahai gambar...gelap gelita! ni yang buat teringin benor kat DSLR nih!
Macam2 la ada malam tu. Makan-makan, joget arab, karaoke, fashion show,  lucky draw bagai. Semua orang dapat hadiah. beza kecik besar je. kami dapat blender, jadi ler...


ni gambar2 kidnap dr facebook zsarin..



Azah

si cantik Ifa & hubby

Ima cun melecun 

orang2 kuat yg menjayakan majlis

aku nampak gemoks gila ngan dress tu rupanyer...
20 Nov pepagi subuh dah checkout coz aku ada kelas pukul 8pagi kat shah alam!







Thursday 22 December 2011

8th Anniversary Dinner @ the Garden, Alamanda Putrajaya


The dinner we had at the Garden, Alamanda for our  
20.12.2003 ~ 20.12.2011.

lupa bawak camera. photo ihsan nokia N81 ku yg tersedu-sedu tu..







our doa for everlasting marriage ...


Tuesday 1 November 2011

Istiadat Konvokesyen ke-75 UiTM 2011



Istiadat sidang ke -14 berlangsung pada 30 Oktober 2011.



Lagi gambar & kisahnya akan dicatat kemudian...





Sunday 16 October 2011

Dia pergi.....


tapi akan kembali..



nak gak letak gambo budak mata sepet tu!!
Motif??
saje...



.

Wednesday 5 October 2011

Time Goes By...










Saturday 17 September 2011

Seluar Segera Untuk Izmal



Izmal Firdaus anak buah aku. Anak abang aku yg tinggal kat Damansara. Kitorang panggil dia Imal. Ibu Imal kena morning sickness teruk so ayah Imal antar ibu Imal balik kampung berehat. skemanya ayat nih!

Khamis lepas Abang kena siapkan function kat Cyberjaya. Sebab takde orang jaga Imal kat rumah, dia angkut sekali Imal ke tempat dia buat kerja. Petang tu dia bawak Imal datang rumah kami & Imal nak tinggal ngan Mak Ngah Pak Ngah dia ni sebab ayah dia busy sangat kerja. Musim rumah terbuka raya kan. Dia kena buat catering dimana-mana.

Sebab tak plan nak duduk umah aku, malam tu Imal tak de pakaian nak pakai. Tak sampai hati nak tengok dia pakai jeans sepanjang malam, aku jahitkan dia seluar tido segera guna pario batik yang dah lebih setahun berlipat dalam almari tu.




Jadilah....untuk tido 1 malam. Esoknya baru ayah dia hantar pakaian. Hahahahaha....









Diserang Malware!!

Beberapa hari lepas, setiap kali bukak blog sendiri, aku dapat warning ni....


Sebab aku tak berapa nak celik IT, so tak tau le nak buat apa.
Lepas tu mintak bantuan kat Blogger help forum. Oleh kerana busy sikit beberapa hari lepas tu, tak sempat nak check reply. Hari ni baru semak. Thanks kepada yg membantu. Dan hari ni jugak blog ni dah back to normal. 
Harap2 blog yg kena malware tu pun akan ok jugak lepas ni..



Wednesday 14 September 2011

Cucur Daging


untuk dinner mlm ni..



.....

Monday 12 September 2011

Jeti Kuala Tembeling ke Taman Negara


On-d-way balik ke kampung si dia masa raya haritu, kami sempat singgah kat Jeti Kuala Tembeling. Kalau nak ke Taman Negara boleh ambik bot kat sini. Sebelum ni kalau lalu situ macam tak perasan ada jeti tu sebab biasanya aku tido sepanjang jalan. Sempat singgah bergambar. 


Lupa pulak nak tanya berapa tambang bot nak ke Taman Negara. Lagipun kaunter macam tak bukak pun. Diorang masih cuti raya agaknya masa tu. Tapi boleh semak kat google.



Nampak tenang viewnyer. Si dia dah nak try mancing. Cepat-cepat aku ajak blah! Kalau tunggu dia mancing, bila pulak nak sampai kg dia tu??!






Peritnya... Umpama Menanti Anggur Masak Ranum?!


Lamanyer....tunggu dia masak... tak sabarnyer.....rasa. Dah dua bulan menganggur atas pagar ni.


Tuan Semut, jangan curik anggur kami tu ye!




Thursday 8 September 2011

Sambutan Hari Merdeka Raya KKM @ PICC


Nasib baik mood makan dah datang!
11.30am. Tetamu belum penuh, so bergambo dulu..








1.15pm. Tak sempat nak ambik gambar makanan dah nak licin!




2.00pm. Balik dengan perut ketat!








Demam Raya!




dah 4 hari demam. ingatkan dah abis cuti raya bolehle upload gambar raya kat sini. tak larat la pulak. internet kat ofis pulak dah 2 hari offline. Guna broadband yg dah exceed limit ni punyer le slow. tangguh le dulu.

Isnin hari tu, tak ambik mc pun sbb memang dah apply cuti raya. rugi cuti rehat den! Selasa datang gak ofis. tapi sbb tak tahan, pegi klinik kat bawah ofis tu, dapat mc sehari je! Semalam datang kerja tak de mood nak bekerja pun. Hari ni, mood kerja belum datang tapi mood makan dah ada! So pegi ikut jamuan merdeka raya KKM kat PICC...





Tuesday 30 August 2011

Ketupat Reben Raya




Ni aktiviti hari-hari terakhir kat ofis sebelum bercuti raya. Terima kasih Ima yang ajar k.ct & Lin anyam ketupat reben. 

Puas mencuba.....










Hahahaha... berjaya!


 


Ni untuk digantung kat siling sempena raya nanti... 

Kepada yang pernah sudi singgah sini, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun maaf zahir & batin...







.

Friday 26 August 2011

Makan-Makan @ Muara Klang



Dah lama tak keluar makan-makan sepanjang bulan puasa. Malam tadi sempat jalan-jalan makan-makan kat...mana ek? Muara kot nama tempat yang kat Port Klang tu. Saje keluar rumah dalam pukul 8.15 lepas berbuka, menuju ke Kerinchi, car pool dengan Ina dan Wan. Sampai Port Klang dalam kul 10 orang tak ramai. Kalau datang waktu buka puasa mesti ramai gila orang kat sini agaknya.

Ketam cili tu sangat best!




Makan sedap berkalori-kalori, happy sungguh si dia tu...

Jenahak stim. Terbaeeekk..!

ish..ish..ish.. sape la yang makan banyak sungguh tu?


Lepas makan dah kol 12. Tak sempat le nak mancing-mancing. Esok nak kerja pulak. Si dia tu asal pegi tempat yang ada air je nak mancing. Nasib baik belum beli umpun2. Lain kali je le... Thankyou Ina &Wan belanja kitorang. he..he..he.. amalkan selalu ye!




.
 

Friday 19 August 2011

Meriahnya Menjelang Raya


Time ni kat ofis dah meriah dengan biskut-biskut raya. Mana yang order sebelum puasa dulu masing-masing dah terima biskut yang ditempah.

Aku order biskut ni..



Blueberry tart RM25 sebekas. Beli 2 bekas nak bawak beraya kat kampung.

Kelmarin masa jalan kat alamanda pun nampak banyak biskut cantik-cantik.






Hamper pun ada. Ni kat Cold Storage. Ishh..ishh... menggoda betul...




Kat Carrefour lagi best. Siap ada 30% diskaun. Jadi RM6.30 sebekas! Murahnyer....





Rambang mata tengok biskut kaler-kaler. Wahhhhh... Seronok giler. Tak pernah tengok harga semurah tu. Sambar sebekas ni..



Cranberry Pineapple. Kena bawak balik rumah try rasa dulu. Kalau sedap boleh borong pulak nanti! Tapi kena le tanya diri sendiri, ada bajet ker??
.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative