Friday, 20 September 2013

Macau-HongKong-Guangzhou Trip: Jalan-Jalan Macau


Lamanye.... Entry ni lama terperuk dlm draft. Mood takde nak menulis.


Bulan Mei lepas..berjaya juga bercuti ke Macau, HongKong & Guangzhou. Kitorang pegi 10 orang. Girls trip, so best! Trip jalan-jalan yang dah kami rancang dari tahun lepas. Booked tiket bajet airasia kan... haruslah setahun in advance.

Kali terakhir jenjalan oversea adalah 11 tahun lepas. So kali ni excited gile buat preparation sampai last minutes pun mcam ada je yang tak cukup. Macam nak pegi sebulan hoih!

Tak sangka pulak tarikh yg kitorang booked tu tepat kena masa hari mengundi 5 Mei 2013. Nasib baik flight petang. Sempat la pegi menunaikan tanggungjawab pagi tu.

Memula sampai kat Macau dah malam dalam 9pm mcm tu selesai urusan kat airport. Tukar duit dulu. Kat Malaysia susah dapat matawang Macau rupenye. 1st lesson kitorang dapat, kalau kat Macau ni memang bahasa merupakan masalah utama nak communicate. Kitorang nak amik teksi pegi hotel. Sebab kami 10 orang so kena split into 3 groups. Dua groups dah selamat dpt teksi. Time kami, alamak semua taxi driver tak paham mana destination kitorang nak pergi. Lagi best bila kitorang tunjuk nama hotel yang kitorang print pun diorang tak faham tulisan rumi wey! Nyesal tak print yang ada tulisan Cina. Nasib baik la lepas penat ke sana ke mari tanya ramai orang, Ida terjumpa tourist dari mana tah yang dapat tuliskan tulisan Cina kat kertas tu. Fuuuhhh..leganya dapat teksi dan selamat sampai ke hotel. Tambang 75.

Siap check-in perut lapar gile tak menahan maka haruslah makan je apa yang ada...

Lepas makan rasa letih semacam terus memasing tak kuasa nak keluar maka aktiviti ukur jalan start esoknye je la..


Kitorang stay kat Best Western Hotel tu la... Gila luas bilik dia. Kitorang amik 3 bilik rasanya. Eh, dah tak berapa ingat - _ - Kalau tau tak yah amik banyak bilik. Satu bilik pun boleh sumbat 10 orang ape! hehehe..
Special thanks to Ida yang uruskan semua untuk kakak kamu ni sebab I kenkononnya busy tak hengat sejak pindah tempat keje baru ni. Huhuhu...



Macau, tenang je... kawasan pun tak luas sangat. Dikelilingi laut. Cuaca pun berangin ~ Nampak macam panas tapi berangin tak berapa sejuk. Best la cuaca dia senang nak jenjalan.

Kitorang naik shuttle provided by the hotel. Pusing-pusing then singgah HardRock Macau. Singgah juga kat the famous Venetian bangunan yang ada corak lukisan cantik tu.










Banyak lagi tempat menarik sebenarnya. Tapi kitorang tengok dari dalam shuttle bus je. lol! 
Petang tu gerak ke HongKong and the real adventure begins....



Tuesday, 9 April 2013

rumahku..


masih dalam proses pindah masuk rumah kami. dah 4tahun... masih belum selesai sepenuhnya. harap-harap bole kemas sebelum pergi bercuti.

tak sabar nak let go kuarters tu, walaupun dalam hati rasa tak puas tinggal kat putrajaya tu. putrajaya memang best. dan cantik. tapi... tinggal di rumah sendiri yang dibeli dengan perit jerih sendiri memang impian semua orang termasuk kami juga... ^_^

Sunday, 3 March 2013

Jom Petik Anggur




From my mini garden. Hehehe... walaupun tak lebat berbuah, cukup le sekadar menceriakan hati ini.. ;
Tak pernah dibaja tapi sentiasa ada tak putus...suka!!!


sweet kan..ye, yang besar tu buah plum beli kat kedai apek cina. yang kenit-kenit tu je anggur petik kat laman rumah I ;-)

.



Saturday, 2 March 2013

Buku Merah


Hari ni... renewing my long expired passport !!


Ramai giler manusia kat Pejabat Imigresen Putrajaya ni. Sebab hari ni sabtu agaknya..
Sejam beratur utk amik nombor giliran je. Lebih sejam lagi tunggu untuk proceed ke kaunter permohonanan. Sabar menunggu.... '_^



Tuesday, 12 February 2013

Beautiful Sunset: Port Dickson




Cuti Chinese New Year tahun ni dah takde lagi DHN trip sebab si dia bukan lagi ahli DHN. So xtvt jalan2 CNY adalah plan sendiri. 

Memancing di Kuala Lukut.


Walaupun takde hasil, tetap happy dapat habiskan waktu seharian dengan lepak2 dan release stress!

Sunset di Kuala Lukut on 10 February 2013.


Dan yang paling best.... dapat menikmati sunset di Port Dickson on 11 Februari. oh... indahnye alam semesta !!






Wednesday, 31 October 2012

Wordless Dinner: Tomyam Daging Korban



jom diet!!



Thursday, 25 October 2012

Biskut Raya Qurban


Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam di seluruh dunia...


Ni projek malam tadi. Biskut dahlia @ kuih samprit.  Pertama kali buat... walau tak sempurna, asalkan kami suka!




Ikut resepi mat gebu tapi sebab aku chef super duper amatur, tak de le ikut sukatan yang betul-betul. Penyukat pun takdak!! Tu yang jadi herot senget benget bunga aku tu..!

Tak pe... yang penting rasa biskut tetap ada! Dapat jugak segini... nak bawak balik kampung kejap lagiiiii...




Saturday, 20 October 2012

Their 1st Annual Dinner


13 Oktober 2012.

baju tu jugak lagi..!



Konsep 1 Malaysia...

Mr Pengacara Majlis ~ Nabil & Angah



 



the end


Wednesday, 10 October 2012

My all time favorite


always....




Thursday, 4 October 2012

Monday, 24 September 2012

nak try jugak..!

syawal lepas...beraya rumah bos
lama.....tak tulis kat sini. laptop rosak. bila la nak dpt kembali kat sini. try update pakai henpong ni  la... org lain buleh, I pun nak try la jugak!!

Friday, 27 July 2012

Ramadhan...



Bulan Ramadhan. Alhamdulillah.
Semoga ibadah puasa kami kali ini lebih baik dari tahun sebelumnya, amin..

^^ gambar cute tu mmg tak de kena mengena...saja suka!! ^^



Sunday, 8 July 2012

Pernikahan ~ Ella si Ratu Rock



Saya bukan peminat tegar Ella tapi sangat kagum dengan corak nyanyiannya yang unik.

Ella menikah semalam dengan maskahwin RM50300.00

foto google 

Tahniah Ella & suaminya Azhar !
Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...



Saturday, 7 July 2012

Bot Berhias Putrajaya Floria 2012


Tahun ni tak sempat nak pegi tengok bunga kat Floria.
Tapi sempat jugak tengok bot berhias sekejap kelmarin.

  







ada bunga api macam biasa
 

harap-harap tahun depan ada la kesempatan tengok bunga pulak...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative