Sunday, 1 July 2012

Pahit ke peria??


Ramai yang tak suka peria. Pahit katanya. Hakikatnya...
taaak lah....! Bagi orang yang dari kecik dah makan peria macam i, tak rasa pahit pun!


sedapnya....peria mmg sayur faveret saya. Goreng kosong macam tu pun ok je. Tapi saya suka letak kismis. Sebagai perasa tambahan. Kalau takde kismis letaklah kurma ke, telur ke, udang kering ke, udang basah ke. Tak yah letak apa-apa pun tak pe. Tak berubah pun rasa sedap peria tu - ______ - 

Peria kan banyak khasiat. Dulu-dulu, selain digunakan untuk kecantikan muka, orang makan peria untuk ubat kencing manis, darah tinggi dan buasir!
Perempuan yang berpantang eloklah makan peria, lebih2 lagi lepas hilang banyak darah masa lahirkan anak.
Sekarang ni dah ada kajian dibuat tentang peria yang dikatakan boleh jadi bahan penting untuk rawat leukimia, HIV dan AIDS! emmm... best kan peria!


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative