Monday, 15 August 2011

Bersantai-santai la aku di ofis ni...


Hari ni ofis lengang. Ramai yang pegi ceramah Ramadhan: Dalam Hati Ada Taman! Yang tak cukup kursus 7 hari tu boleh le pegi. Aku dah lebih 11 hari, tak yah join. Hari ni duit bonus masuk. Ramai yang excited nak shopping. Aku tak boleh ler.. Hujung minggu ni nak daftar masuk UiTM. Duit bonus kena buat tambah2 bayar yuran. UiTM pun... orang nak raya lagi dua minggu, dia suruh daftar pulak! Kurang bajet raya gue! kenapelah tak buat lepas raya ye..

Sunyi2 kat opis ni nak kerja pun tak berapa best. Esok boss pulak kena pegi naziran kat Johor sampai Jumaat! argghhh! tak suka betul. Dulu2 time boss takde kat ofis la aku paling suka. Sekarang terbalik lak. Tension!

Minggu ni akan jadi minggu lemau. Rasa nak buat cam gini....

hahaha..cumilnyer anak kucin aku nih!

Best giler kalau hari-hari boleh berlepak-lepakan begitu... Tapi kat ofis ni aku nak lelap mata seminit pun payah. Orang lain tidur lena waktu lunch hari-hari, aku tutup mata rapat-rapat pun tak boleh nak lelap. ishhhh!






0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative