Tuesday, 30 August 2011

Ketupat Reben Raya




Ni aktiviti hari-hari terakhir kat ofis sebelum bercuti raya. Terima kasih Ima yang ajar k.ct & Lin anyam ketupat reben. 

Puas mencuba.....










Hahahaha... berjaya!


 


Ni untuk digantung kat siling sempena raya nanti... 

Kepada yang pernah sudi singgah sini, Selamat Hari Raya Aidilfitri. Ampun maaf zahir & batin...







.

Friday, 26 August 2011

Makan-Makan @ Muara Klang



Dah lama tak keluar makan-makan sepanjang bulan puasa. Malam tadi sempat jalan-jalan makan-makan kat...mana ek? Muara kot nama tempat yang kat Port Klang tu. Saje keluar rumah dalam pukul 8.15 lepas berbuka, menuju ke Kerinchi, car pool dengan Ina dan Wan. Sampai Port Klang dalam kul 10 orang tak ramai. Kalau datang waktu buka puasa mesti ramai gila orang kat sini agaknya.

Ketam cili tu sangat best!




Makan sedap berkalori-kalori, happy sungguh si dia tu...

Jenahak stim. Terbaeeekk..!

ish..ish..ish.. sape la yang makan banyak sungguh tu?


Lepas makan dah kol 12. Tak sempat le nak mancing-mancing. Esok nak kerja pulak. Si dia tu asal pegi tempat yang ada air je nak mancing. Nasib baik belum beli umpun2. Lain kali je le... Thankyou Ina &Wan belanja kitorang. he..he..he.. amalkan selalu ye!




.
 

Friday, 19 August 2011

Meriahnya Menjelang Raya


Time ni kat ofis dah meriah dengan biskut-biskut raya. Mana yang order sebelum puasa dulu masing-masing dah terima biskut yang ditempah.

Aku order biskut ni..



Blueberry tart RM25 sebekas. Beli 2 bekas nak bawak beraya kat kampung.

Kelmarin masa jalan kat alamanda pun nampak banyak biskut cantik-cantik.






Hamper pun ada. Ni kat Cold Storage. Ishh..ishh... menggoda betul...




Kat Carrefour lagi best. Siap ada 30% diskaun. Jadi RM6.30 sebekas! Murahnyer....





Rambang mata tengok biskut kaler-kaler. Wahhhhh... Seronok giler. Tak pernah tengok harga semurah tu. Sambar sebekas ni..



Cranberry Pineapple. Kena bawak balik rumah try rasa dulu. Kalau sedap boleh borong pulak nanti! Tapi kena le tanya diri sendiri, ada bajet ker??
.

Monday, 15 August 2011

Bersantai-santai la aku di ofis ni...


Hari ni ofis lengang. Ramai yang pegi ceramah Ramadhan: Dalam Hati Ada Taman! Yang tak cukup kursus 7 hari tu boleh le pegi. Aku dah lebih 11 hari, tak yah join. Hari ni duit bonus masuk. Ramai yang excited nak shopping. Aku tak boleh ler.. Hujung minggu ni nak daftar masuk UiTM. Duit bonus kena buat tambah2 bayar yuran. UiTM pun... orang nak raya lagi dua minggu, dia suruh daftar pulak! Kurang bajet raya gue! kenapelah tak buat lepas raya ye..

Sunyi2 kat opis ni nak kerja pun tak berapa best. Esok boss pulak kena pegi naziran kat Johor sampai Jumaat! argghhh! tak suka betul. Dulu2 time boss takde kat ofis la aku paling suka. Sekarang terbalik lak. Tension!

Minggu ni akan jadi minggu lemau. Rasa nak buat cam gini....

hahaha..cumilnyer anak kucin aku nih!

Best giler kalau hari-hari boleh berlepak-lepakan begitu... Tapi kat ofis ni aku nak lelap mata seminit pun payah. Orang lain tidur lena waktu lunch hari-hari, aku tutup mata rapat-rapat pun tak boleh nak lelap. ishhhh!






Thursday, 4 August 2011

Jalan-jalan Alamanda

gambar google

Tengahari tadi sempat ke Alamanda Putrajaya. Kononnya nak jengah kotkot le dah ada jualan biskut2 cantik sempena raya, belum lagi rupanyer! Rasa terover pulak, puasa baru 4 hari!

Sempat gak sambar sepasang ni....


sebab ada diskaun 50%. Murah giler. best..best..
Tapi yang tak best, boleh pulak dapat ni...


Tu duit baki aku dapat lepas beli benda biru tu. Dah sampai rumah baru perasan. Ada jugak lagi spesis yang suka luah perasaan atas duit rupanya ye. Ape le tak best nye dapat duit bconteng macam ni. Hishhh! Esok nak kena bank in kat cash deposit machine le ni..




Monday, 1 August 2011

Ramadhan tiba lagi...


Selamat bersahur dan selamat berpuasa..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative