Saturday, 2 July 2011

Cuti-cuti Tasik Kenyir - Part 1

Last week kami ke Tasik Kenyir. Bertolak dari rumah mak&abah di Jengka pukul 8am. Plan nak ke Kenyir dari tahun lepas lagi. Dah lama tak cuti-cuti Malaysia. Kali ni mak, abah, abang, k.putri & imal join sekali. Dah lama tak ke Terengganu. Si dia tu nak try mancing kat Kenyir.


Singgah kedai pancing kat Kemaman. Beli umpan.
Oleh sebab kami akan stay kat RPP Tasik Kenyir, kena la bawak sendiri bahan mentah utk masak. So kami ke KT sebab abang nak beli barang kat Giant katanya. sambil pusing bandar KT kejap. Sempat lunch kat sana.



Perjalanan seterusnya ke Kenyir. Sampai jeti Pengkalan Gawi dah pukul 4 lebih. Bot dah siap tunggu. Tak ingat nak ambik gambar. RPP kami sewa chalet 3 bilik harga RM60 je semalam. Sewa bot sebuah RM50 pegi balik. Murah gila kan!



Nampak tangga yang tinggi menghala ke RPP tu? Lebih seratus anak tangga!! Barang banyak pulak tu. Kena turun naik bayak kali sampai sakit kaki. Dah lama tak exercise! Sebab dah letih, malam tu masing-masing tido awal. Esok pagi-pagi dia tu dah turun mancing tepi tasik. Sekor ikan pun tak naik!


beautiful kenyir lake...
Petang tu kami ke Air Terjun Saok. Naik bot, bayar RM5 sorang. Imal yang syok mandi. kitorang semua dah tak larat sebab kena daki anak tangga lagi!



Balik dari air terjun, aktiviti di sekitar jeti je.




Izmal. memula bukan main takut masuk dalam air..


"Yey Ibu, Imal dah tak takut!"
"Ibu, tengok Imal nak terjun ni!"

Kayak double tu dirang caj RM7/jam. Tapi sebab kitorang je yang ada kat sana, diorang kasi can kitorang lenjan sampai pukul 7pm.



Tengah best berkayak, hujan la pulak. Kitorang semua naik ke bilik. Tinggal si dia mancing sorang-sorang. Tetiba dia balik bawak ikan besar ni... 


Malam tu kitorang BBQ ikan belida.
Budak kecik ni pun nak kipas jugak


Lepas makan dah letih + sakit betis yang amat sangat. semua orang dah tak larat nak turun ke jeti. so... tido ler..  Aktiviti esok harinya, sambung next entry...





1 comments:

Pahlawan Timur said...

Assalamualaikum, sis, nak tanya sket. kitaorg ni nk g tasik kenyir. RPP. cadang 4h 3m. tp tak tau nak wat aktiviti apa. boleh bg cadangan tak? pastu, cane nk g sane? kete kene park kat jeti ke? alamak sis, boleh tolong tak suggest aturcara. tak de idea ni. thx sis. (pahlawantimur@gmail.com)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative