Sunday, 17 April 2011

Takut Hitam!

Hari ni si dia cuti. Tapi aktiviti masing-masing rancang sendiri.
Pagi-pagi lagi dia dah keluar untuk beli sarapan.

tukang makan tak masuk gambar sebab pagi-pagi ahad muka masing-masing tak semenggah!

Sebenarnya teringin jugak nak masak sendiri tapi bila ingat cuma dua orang je nak makan, beli lagi mudah dan cepat (ayat orang malas masak memang camtu..)!

Lepas breakfirst, si dia pergi mancing. Aku malas ikut sebab dia mancing kat kolam hujung jalan tu jer... Orang dah kerja 13hari berturut-turut, biarlah dia rehatkan minda....
Aku pulak siapkan 'kerja sekolah' yang datelinenyer 20hb ni... sempat ke tak sempat siap ni? risaunya...

tengok tu, buat kerja kat ruang tamu je..
Tengah tulis entry ni, dengar bunyi enjin kereta. Aikk! Dia dah balik. Cepatnyer???!!

ct : Kenapa balik cepat?
dia : Tak tahan panas.. Takut hitam! Sambung petang nanti....
ct & dia : Hahaha!!!

Dia tu memang dah semulajadi tak berapa nak putih pun! 


.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative