Lamanye.... Entry ni lama terperuk dlm draft. Mood takde nak menulis.
Bulan Mei lepas..berjaya juga bercuti ke Macau, HongKong & Guangzhou. Kitorang pegi 10 orang. Girls trip, so best! Trip jalan-jalan yang dah kami rancang dari tahun lepas. Booked tiket bajet airasia kan... haruslah setahun in advance.
Kali terakhir jenjalan oversea adalah 11 tahun lepas. So kali ni excited gile buat preparation sampai last minutes pun mcam ada je yang tak cukup. Macam nak pegi sebulan hoih!
Tak sangka pulak tarikh yg kitorang booked tu tepat kena masa hari mengundi 5 Mei 2013. Nasib baik flight petang. Sempat la pegi menunaikan tanggungjawab pagi tu.
Memula sampai kat Macau dah malam dalam 9pm mcm tu selesai urusan kat airport. Tukar duit dulu. Kat Malaysia susah dapat matawang Macau rupenye. 1st lesson kitorang dapat, kalau kat Macau ni memang bahasa merupakan masalah utama nak communicate. Kitorang nak amik teksi pegi hotel. Sebab kami 10 orang so kena split into 3 groups. Dua groups dah selamat dpt teksi. Time kami, alamak semua taxi driver tak paham mana destination kitorang nak pergi. Lagi best bila kitorang tunjuk nama hotel yang kitorang print pun diorang tak faham tulisan rumi wey! Nyesal tak print yang ada tulisan Cina. Nasib baik la lepas penat ke sana ke mari tanya ramai orang, Ida terjumpa tourist dari mana tah yang dapat tuliskan tulisan Cina kat kertas tu. Fuuuhhh..leganya dapat teksi dan selamat sampai ke hotel. Tambang 75.
Siap check-in perut lapar gile tak menahan maka haruslah makan je apa yang ada...
Lepas makan rasa letih semacam terus memasing tak kuasa nak keluar maka aktiviti ukur jalan start esoknye je la..
Kitorang stay kat Best Western Hotel tu la... Gila luas bilik dia. Kitorang amik 3 bilik rasanya. Eh, dah tak berapa ingat - _ - Kalau tau tak yah amik banyak bilik. Satu bilik pun boleh sumbat 10 orang ape! hehehe..
Special thanks to Ida yang uruskan semua untuk kakak kamu ni sebab I kenkononnya busy tak hengat sejak pindah tempat keje baru ni. Huhuhu...
Macau, tenang je... kawasan pun tak luas sangat. Dikelilingi laut. Cuaca pun berangin ~ Nampak macam panas tapi berangin tak berapa sejuk. Best la cuaca dia senang nak jenjalan.
Kitorang naik shuttle provided by the hotel. Pusing-pusing then singgah HardRock Macau. Singgah juga kat the famous Venetian bangunan yang ada corak lukisan cantik tu.
Banyak lagi tempat menarik sebenarnya. Tapi kitorang tengok dari dalam shuttle bus je. lol!
Petang tu gerak ke HongKong and the real adventure begins....