Friday, 27 May 2011

Sweet ...


Hari ni Jumaat. Mood holiday. Sebab esok mak nak datang rumah. Petang tu kitorang nak balik kampung Perak. Anak sepupu depan rumah tu nak kawin. Musim cuti sekolah memang ramai orang buat kenduri. Bertindih tarikh pun ada. Mana-mana yang jemput, tapi saya tak dapat nak hadir tu, minta maaf banyak-banyak. Jangan serik undang lagi lain kali. Kalau ada rezeki, saya akan jejak majlis anda nanti.

Kat bawah ni....
 
Cute sweet cake untuk breakfirst hari ni. hahaha...hehehe.... tak de kena mengena dengan cerita kenduri kawin langsung!


Wednesday, 25 May 2011

... Riang Ria Rabu ...


Dapat berita baik pagi tadi. Hari ni hari gembira. harap-harap rasa bahagia yang berbunga-bunga di hati ni maintain sampai hujung hari. rasa lega... boleh senyum lebar-lebar.

Untuk tambah mood happy, hari ni aku dan dia akan pegi tengok wayang cerita Pirate tu. seronottt!



Friday, 20 May 2011

Sejambak bunga, sekuntum senyum

A single rose can be my garden... a single friend, my world.
~ Leo Buscaglia quotes 


dapat daripada si dia selasa last week. masih segar sampai hari ni. suka!!

 

Thursday, 19 May 2011

Jalan-jalan Tengok Wayang @ Alamanda Putrajaya

Semalam pegi tengok wayang cerita orang botak tu.

Dengan pakwe botak ni...


Memula masuk panggung tu, baunya ya'amat la tak bestnya. Nasib baik cerita tu best giler. Boleh lupa la jugak bau takharum tu. hehehe syiokkk!

Monday, 16 May 2011

Selamat Hari Guru


Hari ni 16Mei merupakan Hari Guru.
Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru yang pernah mendidik saya dulu, kini dan selamanya.
Jasamu dikenang cikgu....
Tak tergambar dengan kata-kata penghargaan untuk guru-guru kita. 

Ni antara sekolah-sekolah yang pernah jadi tempat saya timba ilmu...

 Terima kasih semua cikgu-cikgu...



Tuesday, 10 May 2011

Gula Oh Gula!


Harga gula naik 20sen jadi RM2.30sekilo hari ni. Bagi bukan pengguna gula tegar macam kami, takde la terkesan sangat. Tapi tak tau la kalau-kalau lepas ni, harga minuman, makanan dan segala macam barangan yang tak terkait gula pun akan naik harga juga..?

Kat rumah kami, kalau gula sekilo tu boleh tahan berbulan-bulan. Kami masak tak letak gula dalam masakan. Sebab kami suka pedas. Garam pun kurang. Kami tu..sebab aku kalau masak memang together-gether dengan si dia. Masak sorang-sorang tak berapa best.

Kami tak reti buat kuih-muih, so memang tak guna gula banyak. Minuman kat rumah kami suka milo O kaww atau air sejuk kosong fresh dari petiais. Kadang-kadang je kami minum nescafe O. Tu kena letak gula la. Tapi aku tak suka manis, so gula sikit je kasi pahit2 baru besh! 

Dalam pada tak letak banyak gula tu, si dia tetap kena kencingmanis sejak 6 tahun lepas! Dia sepatutnya makan ubat setiap hari, tapi biasalah, sebab sakit tak kronik, kekadang dia makan, biasanya terlepass!

Kita semua tahu dan maklum, makanan yang kita ambil secara semulajadinya dah terkandung banyak gula yang kita tak nampak. Makanan segera memang sah-sah kandungan gulanya melampau-lampau. Makanan segera tu termasuk le yang kita makan kat kedai atau beli tapau utk breakfirst, lunch atau dinner sebab tak sempat masak kat rumah.

Wahai gula yang banyak manfaat, kalau ko takde, apa jadi agaknya ye...


.

Monday, 9 May 2011

RM!!!

Hari ni mood bercampur-campur.

Risau esok nak kena keluar rumah lebih awal sebab perlu ke sesuatu tempat yang tak berapa familiar. 

Kalau dapat lunch yang best hari ni.... alangkah!



Ni lunch jumaat lepas kat food court Rasa, Alamanda.
Nasi + kerabu mangga + ayam bakar = RM6.80. Air coconut shake = RM4.50. Mahal ke murah?

Ramai kawan-kawan dan diri sendiri juga dah bersungut tentang harga makanan yang makin mahal kebelakangan ni. Nak tapau makanan, kalau tak de at least RM5, tak berani nak turun ke kafe. Tu belum masuk harga minuman.
Kalau gaji masih di takuk lama, tapi kos hidup makin meningkat, ramai le yang ikat perut lepas ni... atau bawak bekal dari rumah. Emmm.. Kalau harga barang mentah dah mahal, tak de bezanya..!
Tension!!!



Thursday, 5 May 2011

The Accidental Couple & 49Days....

Balik dari program jalan kaki tu, lepak kat rumah sorang2, layan....

Citer ni kelakar. Ada gak part yang sedih. Tapi GuDongbaek memang slumber bendul. Boleh tengok kat http://maaduu.com

Sambil tu, sempat jugak nonton drama baru ni ...

Tajuk dia 49Days. Kat mysoju.com baru sampai episode 14. Cerita fantasi. Boleh la...pasal kasihsayang & persahabatan. Suspen nak tunggu ep15 pulak!


5KM Putrajaya Walk @ Wetland Putrajaya



Pagi ni kami join program 5KM Putrajaya Walk anjuran Lembaga Bidan Malaysia di Wetland Putrajaya. Program suka-suka untuk jaga kesihatan...kononnye..

memula.... aerobik!


betapa gembiranya kitorang dapat pelepasan hari ni. tak payah masuk ofis.
tunggu Menteri buat perasmian

ramai betul... dah macam jom heboh!


Ni je gambar yang sempat ambik. Tak nampak binatang pun. Semut pun tak de. Nyamuk pun tak de! Hyppo lagi le tak nampak bayang. Tasik/kolam kat situ nampak tenang, entah ada ikan ke tak agaknya... Pokok-pokok banyak le...

Tahniah untuk diri sendiri & semua yang berjaya jalan kaki sepanjang 5km tu.. Letih tapi best sebab keluar jugak peluh. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative