Saturday 17 September 2011

Seluar Segera Untuk Izmal



Izmal Firdaus anak buah aku. Anak abang aku yg tinggal kat Damansara. Kitorang panggil dia Imal. Ibu Imal kena morning sickness teruk so ayah Imal antar ibu Imal balik kampung berehat. skemanya ayat nih!

Khamis lepas Abang kena siapkan function kat Cyberjaya. Sebab takde orang jaga Imal kat rumah, dia angkut sekali Imal ke tempat dia buat kerja. Petang tu dia bawak Imal datang rumah kami & Imal nak tinggal ngan Mak Ngah Pak Ngah dia ni sebab ayah dia busy sangat kerja. Musim rumah terbuka raya kan. Dia kena buat catering dimana-mana.

Sebab tak plan nak duduk umah aku, malam tu Imal tak de pakaian nak pakai. Tak sampai hati nak tengok dia pakai jeans sepanjang malam, aku jahitkan dia seluar tido segera guna pario batik yang dah lebih setahun berlipat dalam almari tu.




Jadilah....untuk tido 1 malam. Esoknya baru ayah dia hantar pakaian. Hahahahaha....









Diserang Malware!!

Beberapa hari lepas, setiap kali bukak blog sendiri, aku dapat warning ni....


Sebab aku tak berapa nak celik IT, so tak tau le nak buat apa.
Lepas tu mintak bantuan kat Blogger help forum. Oleh kerana busy sikit beberapa hari lepas tu, tak sempat nak check reply. Hari ni baru semak. Thanks kepada yg membantu. Dan hari ni jugak blog ni dah back to normal. 
Harap2 blog yg kena malware tu pun akan ok jugak lepas ni..



Wednesday 14 September 2011

Cucur Daging


untuk dinner mlm ni..



.....

Monday 12 September 2011

Jeti Kuala Tembeling ke Taman Negara


On-d-way balik ke kampung si dia masa raya haritu, kami sempat singgah kat Jeti Kuala Tembeling. Kalau nak ke Taman Negara boleh ambik bot kat sini. Sebelum ni kalau lalu situ macam tak perasan ada jeti tu sebab biasanya aku tido sepanjang jalan. Sempat singgah bergambar. 


Lupa pulak nak tanya berapa tambang bot nak ke Taman Negara. Lagipun kaunter macam tak bukak pun. Diorang masih cuti raya agaknya masa tu. Tapi boleh semak kat google.



Nampak tenang viewnyer. Si dia dah nak try mancing. Cepat-cepat aku ajak blah! Kalau tunggu dia mancing, bila pulak nak sampai kg dia tu??!






Peritnya... Umpama Menanti Anggur Masak Ranum?!


Lamanyer....tunggu dia masak... tak sabarnyer.....rasa. Dah dua bulan menganggur atas pagar ni.


Tuan Semut, jangan curik anggur kami tu ye!




Thursday 8 September 2011

Sambutan Hari Merdeka Raya KKM @ PICC


Nasib baik mood makan dah datang!
11.30am. Tetamu belum penuh, so bergambo dulu..








1.15pm. Tak sempat nak ambik gambar makanan dah nak licin!




2.00pm. Balik dengan perut ketat!








Demam Raya!




dah 4 hari demam. ingatkan dah abis cuti raya bolehle upload gambar raya kat sini. tak larat la pulak. internet kat ofis pulak dah 2 hari offline. Guna broadband yg dah exceed limit ni punyer le slow. tangguh le dulu.

Isnin hari tu, tak ambik mc pun sbb memang dah apply cuti raya. rugi cuti rehat den! Selasa datang gak ofis. tapi sbb tak tahan, pegi klinik kat bawah ofis tu, dapat mc sehari je! Semalam datang kerja tak de mood nak bekerja pun. Hari ni, mood kerja belum datang tapi mood makan dah ada! So pegi ikut jamuan merdeka raya KKM kat PICC...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative