Friday 29 July 2011

Jambu nak kena ambik!!

Jambu tu kucing aku. dia jantan. masa kecikkecik muka dia jambu betoi. so kami panggil dia jambu.






Malam nanti ada orang nak ambik jambu. Diorang dah berkenan lama. Walaupun berat hati, bagi juga lah...

Sayang kat jambu sebenarnya. walaupun jambu nakal tak terkata. Paling jambu suka:
1. ikut kaki aku jalan pusing keliling
2. tarik rambut aku
3. koyak kertas buat sampah merata
4. lari laju-laju panjat sofa
5. lumba sapa dulu dapat masuk bilik tiap kali buka pintu


Jambu, nanti duduk rumah orang jangan jahat tau! jangan koyak buku orang. jangan tarik rambut dia. jangan gigit kuat-kuat. jangan pecahkan pasu dia macam jambu pecahkan pasu bunga kita dulu. Kalau jambu tak serasi duduk rumah dia, jambu balik rumah kita balik tau. sob..sob..!



Monday 25 July 2011

Kursus di INTAN


Sepanjang minggu lepas, isnin ke jumaat, kursus MS Excel Specialist kat INTENGAH.
Kali ni kursus kena ambik exam pulak! 1st time kursus bersungguh-sungguh sebab kena lulus exam, kalau tak, peluang nak kursus kat INTAN mungkin boleh jadi tipis.
Hari ni exam start pukul 12tgh. Ada masa 15min lagi.. Nervous giler tak terkata.
agak agak boleh lulus ke yer...? huhuhu...


update: Lulus!!


Friday 22 July 2011

Jalan-jalan Pasar Seni @ Central Market KL


Kami gi jalan-jalan CM hujung minggu lepas. Dah lama tak ke situ, macam-macam dah berubah. CM sekarang lebih kemas dan bersih. Beberapa tahun dulu, kalau nak jalan-jalan kat CM ni kena tahan asap dan bau. Sekarang tak dah. Selesa kat dalam tu... nak cari barang-barang kraftangan unik memang macam-macam ada! Banyak premis yang tak benarkan ambik gambar. Ni je yang sempat..

 





Ish ish ishh... ni kasut kena beli sepasang ni. Nak pakai kat kampung masa raya nanti... kena tunggu gaji!

 

Lepas tu kami pegi tengok pelukis. Ada yang lukis potret, ada yang buat lukisan cantik-cantik. Kagumnyer... Oleh sebab over excited, lupa pulak nak ambik gambar diorang!

Selain kat dalam CM, kat luar pun jadi tempat luah kreativiti... 


Thursday 21 July 2011

Durian Musim Panas


Malaysia memang bukan negara 4 musim. Tapi sekarang ni cuaca Putrajaya memang panas betul. Jerebu pulak tu. Walau panas cuaca kat luar, tetap.....


hehe... 4 hari berturut-turut kami makan durian. Paling syok, durian tu kami tak beli pun. Hari-hari si dia bawak balik dari tempat kerjanya. Kebun bos dia yang kat Mantin tu ada pokok durian. Katanya kali ni durian banyak tak macam yang lepas-lepas. Best giler. Trima kasihla kepada bos tu yang bagi durian free kat kitorang. Walaupun dah tahu akan sakit kepala yang amat sangat tiap kali lepas makan durian, standby panadol banyak-banyak, ngap!! Slrrppp...

gambar si pemakan tak leh masuk sini..comot!!



Wednesday 20 July 2011

Menganggur Atas Pagar


lalalalalala.... yehayehayeha... mood riang gembira di hari rabu tanda bahagia!



Pokok anggur kami dah berbuah! Walau cuma dua "longgok" je, kami tetap rasa best yang teramat sangat. Pokok anggur tu si dia tanam melilit atas pagar je. Tak pernah dibaja pun. Tak sabarnya tunggu buah tu masak ranum. Harap-harap tak masam! Kalau menjadi, lepas ni boleh bukak ladang anggur pulak. Pastu tu berenti kerja dan menganggur kat ladang tu. Wahh!!




Tuesday 12 July 2011

FLORIA 2011 : Roses Are Forever

Petang Ahad lepas. Dah tak hujan, sambung 'lawatan' ke Floria di Putrajaya dengan Kecik, Mas, Nur & Zakwan. Memang roses di mana-mana. Cantik dan kreatif deco kat dalam Pavillion tu.


 













Nak naik Cruise Tasik ramai sangat orang. Tak jadi le. Sebelum balik, sempat tengok bot berhias dan bunga api. Cantik!!





Monday 11 July 2011

FLORIA 2011: Putrajaya Flower & Garden Festival

Semalam aktiviti hari Ahad penuh dengan jalan-jalan. Awal pagi kami ke Floria 2011 di Putrajaya. Oleh sebab temanya 'Roses are Forever' maka suasananya harus amat romantik dengan roses di mana-mana. Baru je sampai ke tapak festival, hujan pun turun.... alamak! Ni je gambar yang sempat ambik.









Hujan lebat. Memikirkan event ni berlangsung sampai 17hb minggu depan, so kami decided ke Damansara sebab mak&abah ada kat rumah abang. Eksplorasi di Floria di sambung ke sebelah petang.



Thursday 7 July 2011

Pengalaman Pertama : Transformers 3D @ Alamanda




Semalam 1st time nengok wayang 3D crita Transformers kat GSC Alamanda. Giler la best! Rasa nak capai je objek yg macam melayang betulbetul depan batang hidung masingmasing. Walau teknologi tu dah lama kat Malaysia, kitorang baru je cuba. Happy gila walau panggung sejuk mencengkam tulang belulang. Si dia yang gebu tu pun tak tahan kesejukan!!




Tuesday 5 July 2011

Menara Jam Condong Teluk Intan

Awal bulan lepas, kitorang balik kampung Teluk Intan. Masa lalu bandar Teluk Intan tu, sempat gak ambik gambar Menara Condong Teluk Intan yang unik tu..




Menara ni merupakan salah satu tarikan utama pelancong ke Teluk Intan. Dibina pada abad ke-19 oleh arkitek cina, Leong Choon Cheong dan berbentuk Pagoda. Boleh lihat dengan jelas kekayaan budaya dan senibina Cina pada menara ni.

Dulu dikenali sebagai Jam Tinggi. Motif pembinaannya sebagai tangki simpanan air untuk penduduk sekitar kalau berlaku kemarau. Juga untuk keperluan padam api jika berlaku kebakaran. Selain tu, ia juga sebagai “Time Keeper” dan mercu tanda bandar Teluk Intan.

Dari luar menara ini nampak macam bangunan 8 tingkat tapi hakikatnya cuma 3 tingkat dengan 110 anak tangga menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki.

Kenapa condong? Ia didirikan di atas struktur tanah yg lembut. Selain tu, bebanan tangki yang menakung air juga menyebabkan ia condong sikit ke arah barat laut.

Pada masa ni ia dah tak berfungsi sebagai tangki simpanan air lagi dah tapi jam tu masih lagi berfungsi dan akan berbunyi setiap 15 minit.
 
Jom ke Teluk Intan!

Monday 4 July 2011

Jalan-jalan Banda Hilir, Melaka


Semalam cuti Ahad sempat ke Banda Hilir Melaka. Dah lama nak ke sana (terpengaruh iklan internet!). Dari rumah ikut highway PLUS masuk Ayer Keroh. Terus ke Taman Mini Malaysia & Mini Asean. Tiket hujung minggu RM5 sorang. Elok time sampai tu, diorang start persembahan pentas. Si dia siap joget lambak..heh..heh..






Lepas tu, jalan ke Taman mini Asean. Sayang sekali Mini Asean tak terjaga. Banyak perkampungan yang dah rosak dan sedang dalam pembaikan. So tengok dari luar je..







Lepas tu Mini Malaysia, rumah memang cantik-cantik. Antaranya...









Kitorang gerak ke Banda Hilir. Jalan sehala mengelirukan betul. Sejam lebih dalam kereta baru berjaya sampai ke Kota A Famosa! Masuk Muzium dulu. Bayar RM5 sorang. Boleh masuk 5 muzium. Banyak sejarah Melaka yang disimpan di sini.




Kota A Famosa yang glamer tu...




Jalan-jalan sekitar kawasan...




Kebaya Nyonya Jonker Street. Kebaya aje RM100. Sepasang dengan sarong RM120. Sepasang dengan sarong berlabuci RM160. Tak beli pun...




Muzium lagi. Tiket RM3/person boleh masuk 3 muzium.





Dan lagi...





Hujung minggu ni bermula Putrajaya Floria 2011. harap-harap ada kesempatan untuk ke sana pula. Kalau si dia tak kena kerja weekend le..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative