Thursday 31 March 2011

Ada Apa Dengan Sabtu?


Seminggu yang sibuk! Dah berlalu pun...
Hari ni dah start kemas barang yang seciput tu untuk pindah workstation.
Esok di tempat baru.
Babai pengalaman lalu.... nak intai ilmu baru pulak!


Si dia nak balik kampung esok. I tak follow ler... ada agenda tersendiri.
Dah lama tak jalan-jalan ngan dia. Sabtu minggu depan ada orang ajak ke Sg Penchala.
Si dia kata okey!
1,2,3,4..... bilang hari; lambatnyer nak sampai sabtu depan!#+?

Friday 25 March 2011

Little Pantry IOI Mall

Hari ni Jumaat. yey! rehat panjang....best..best!
Dah plan nak window shopping kat IOI Mall dengan Idda, Lin & Iffa.
12.15pm drive dari Putrajaya, jalan tak jem. Okeyla...

Dah letih jalan-jalan, Lin ajak makan kat Little Pantry. Cantiknyer.... restoran dia.
English style...
Rasa rugi tak bawak camera. Takpelah...ambik jugak gambar pakai h/p jer..



Mari pilih nak makan ape...









Order time..


Tak sabar tunggu nih. Perut masing-masing dah lapar..Ambik gambar punya pasal, senyum gak!!





Spaghetti Chicken served with soup & ice lemon tea untuk Iffa & Lin

Thai herb fried rice & Lychee n pineapple untuk Idda

Green curry chicken & Sea coconut n longan untukku...

Enjoy!!





Complementary desert pun sedap amat!

Our Bill

Boleh datang lagi lain kali...

Wednesday 23 March 2011

Kek Coklat Kukus : Percubaan Pertama

Yeeehaaa.....
Dah sebulan rasanya, teringin sangat nak masak kek coklat kukus.
Tapi aku mana reti buat!!
Untuk puaskan hati, aku beli jelah tepung kek coklat segera....



 Dan entah kenapa, aku terbeli jugak mixer cikai nih!! Si dia dah perli-perli... 
"ni lepas guna sekali, simpan je lah ye sampai tahun depan pulak!"

 
Hish! Aderker??! Dah beli tu, kena le buat kek selalu kan...



Dah rasmi...

Kukus....
 .
 .
.
Dan...... hasilnyer.....


Wahhh.... syiokkkk...!
Lupa pulak nak buat topping. Nak tulis entry ni baru teringat. Tak pe lah. First time, so tak de lah perfect. Kek tu siap terbelah tengah macam apam jer...

Yang penting si dia kata sedap. ntah ye ntah idak, ambik hati je kot! Yey! kira menjadi lah first try orang yang langsung tak pandai masak ni... Suka!




Monday 21 March 2011

1,2,3, Tukar!


Setelah empat tahun, aku mohon tukar ke Unit lain pada Januari lepas. Nak ubah angin dan nak belajar benda baru. Dah dapat pun hari ni! Percaya hijrah tu bawa rezeki lebih.
Tak semestinya dari segi material. Ilmu dan pengalaman pun rezeki jugak.
Moga lebih murah rezeki aku lepas ni...

Sunday 20 March 2011

Terbang Tinggi

Dah plan nak ke Fiesta Belon Udara Panas Putrajaya. Boleh nampak dari balcony rumah kami.



Di tapak karnival.
Kitorang datang lambat, so tak dapat tiket. jalan-jalan je lah...






Selain tu, ada event lain jugak di sekitar Putrajaya.



Dapat satu best ni. Boleh elak jem
 



Walau tinggi mana pun kita terbang, akhirnya ke tanah jua...

Saturday 19 March 2011

3rd Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2011

On the way gi ofis pagi tadi, ternampak ni!





Sebab kat Putrajaya tengah ada Hot Air Balloon Fiesta.



Hari ni tak dapat nak cuba naik belon tu sebab si dia pun kerja! Esok mesti kena datang & try naik sekali. Harap-harap tak hujan esok...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Google Analytics Alternative